Sunday, June 13, 2010

Ada jugak AJK PAS berfikiran songsang dari PIMPINAN terbanyak...TAHNIAH..!!


MUKTAMAR PAS - KEPIMPINAN DIBIDAS !

By albanjari

ehsan foto Mohd Redwan's

Kepimpinan PAS dibidas sebagai tidak menghormati demokrasi dan tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w apabila cepat melenting setiap kali terdapat pandangan negatif atau bertentangan dengan pendapat mereka yang diutarakan oleh anggota parti.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin berkata sebagai sebuah parti yang melaungkan hak kebebasan bersuara dan mengikut sunnah Rasulullah, pemimpin parti sepatutnya mendengar setiap pandangan dengan fikiran terbuka.
"Seharusnya menjadikan muktamar untuk mendengar pandangan semua pihak dan bukannya mudah naik marah dan tidak boleh terima pandangan yang negatif atau bertentangan dengan pendapat umum ahli parti,"
katanya semasa menggulung usul pada Muktamar PAS ke-56 di sini hari Ahad. Beliau merujuk kepada tindakan meminta perwakilan PAS Pahang Amirruslan Manaf menarik balik kenyataannya pada perbahasan semalam yang mendakwa Perlembagaan PAS diciplak daripada Perlembagaan Umno yang dilakukan penambahbaikan mengikut kesesuaian parti.

Timbalan Pengerusi Tetap Hussin Ismail meminta Amirruslan berbuat demikian kerana pemimpin dan perwakilan tidak berpuas hati dan mempersoalkan kesahihan dakwaan itu.

Hanipa yang turut kesal dengan tindakan beberapa mengejek perwakilan Pahang itu, mendesak kepimpinan memohon maaf kepada Amirruslan.
"Saya ni pantang lihat orang kena buli. Kita ni parti PAS. Kita kata kita perjuangkan kebebasan bersuara, Muktamar bertujuan untuk kita kemuka pandangan. Perlunya kita bersedia untuk dengar,"
Hanipa turut mempersoalkan kenapa anggota dan pemimpin PAS perlu melenting dan marah sedangkan perkara itu boleh dibincangkan dan memberikan jawapan pada sesi lain dalam muktamar itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails