Monday, June 14, 2010

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.


Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.
Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki hanya akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.
Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Sunday, June 13, 2010

Kerajaan BN Mungkir Janji Lagi

Kerajaan BN Mungkir Janji Lagi

Fiction from the Photo

Najib:ni model baru ni...leh la aku pakai memburu katak...


Buletin Utama,TV3 sebentar tadi menyiarkan bahawa kenaikan gaji minimum bagi pegawai keselamatan atau "Pak Guard" ditangguhkan.

Hal ini kerana merupakan keputusan kabinet kerana kononnya memberikan masa buat semua yang terlibat dalam sektor itu melakukan penyelarasan dan sebagainya.

Nampaknya,satu lagi konsep 1Malaysia telah diamalkan,iaitu rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan,setiap keputusan,belum dimuktamadkan.

Apa-apa pun,buat "Pak Guard",tabahkan hati,teruskan kerja anda yang mulia itu.Sesungguhnya kerajaan BN memang mengarut.Takkanlah,syarikat semua boleh gulung tikar,kalau benar boleh gulung tikar,gabunglah syarikat masing-masing,sama-sama boleh untung,apa-apa pun boleh selaras,kan?

Selepas itu Buletin Utama turut menyiarkan bahawa kabinet telah membuat keputusan dengan berdasarkan dasar baru mereka untuk menaikkan gaji pekerja dalam sektor pembuatan.(pembuatan kereta ke apa ntah..aku tk leh catchup..la..).Untunglah mereka yang terlibat.

Sekian,

Wallahu'alam

HIDUP PAK GUARD!!!!!!!

Apa Cerita 3 Adun UMNO Perak Masuk PKR??? Senyap Je...

Apa Cerita 3 Adun UMNO Perak Masuk PKR??? Senyap Je...

Apa cerita ni?? kata nak buat sidang media pukul 1 petang tadi..tapi sekarang ni masih tak kedengaran pun cerita ni..check-chek Malaysiakini dan Harakah pun takde..ini bukan berita main-main..ini cerita bubar dun..isu kembalikan yang batil kepada haq..apa cerita PKR??? Kata ada 3 Adun nak lompat hari ini..mana sidang media nak buat jam 1 petang di Ipoh seperti anda beritahu sebelum ini..minta Anwar dan PKR jawab...Sinar Harian dah jawab dah...
Dakwaan sertai PKR palsu: Nasharuddin
IPOH – "Spekulasi mengaitkan nama saya bersama dua lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak akan lompat parti ke Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya diumumkan esok (hari ini) hanya dakwaan palsu," kata Datuk Nasharuddin Hashim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota itu turut mempersoalkan tindakan mengaitkan namanya sedangkan beliau langsung tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.
"Saya terkejut bila nama saya dikaitkan. Kenapa pula saya perlu bersikap sedemikian sedangkan saya cukup hormat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
"Sudah banyak perubahan yang dilaksanakan dalam UMNO khususnya di bawah teraju Perdana Menteri dan saya begitu yakin reformasi dalam UMNO sudah menampakkan keberkesanannya," katanya ketika dihubungi, semalam.
Nasharuddin berkata, PR sengaja mencipta publisiti murahan dengan mengaitkan beberapa ADUN BN kononnya akan lompat kerana mereka sudah kekeringan idea memandangkan kemelut politik negeri sudah selesai dan memihak kepada BN.
Katanya, bukan prinsip dan pegangan beliau sebagai pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kepentingan rakyat.
"Apa yang saya lakukan sebelum ini tidak akan berulang setelah melihat perubahan dalam UMNO Pusat dan negeri.
"Malah saya cukup yakin dengan pemerintahan dan pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Besar dalam membawa perubahan yang lebih besar kepada negeri serta negara," katanya.
Khabar angin ini wujud setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akan menganjurkan sidang media khas hari ini mengenai ADUN BN lompat parti.(sini)

Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam

Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam
Jimadie Shah Othman
Jun 13, 10
5:33pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.

"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.

Adakah PKR Perak Buat Pengumuman BANGANG Semalam...


Ulasan Berita

Dua Kerja Sia-sia
Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO),

ADA dua peristiwa yang menjadi berita hari ini yang pada saya sia-sia saja. Berita pertama mengenai dakwaan PKR tiga orang Adun Umno akan menyertai parti berkenaan di Perak. Menurut orang yang membuat kenyataan seperti mana dipetik, ketiga-tiga Adun berkenaan akan mengumumkan tindakan mereka itu bila sampai masanya sesuai berbuat demikian.

Kata jurucakap mengenai perkara itu, Adun berkenaan telah berjumpa dengan pihak PKR. Mungkin membincangkan proses kemasukan itu? Bersama tindakan itu juga 12 ketua bahagian Umno akan mengambil tindakan sama. Alasannya kerana mereka tidak senang dengan Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir.

Apa yang dinamakan Gerakan Anti Zamri (GAZ) juga dilancarkan. Saya rasa GAZ ini adalah ilham dari Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Saya tidak fikir apa yang didakwa itu benar melainkan ianya satu gimik politik murahan saja. Dakwaaan itu ada strategi orang tidak ada kerja atau kekeringan modal untuk membinasakan kerajaan UBN Perak.

Mungkin selepas usaha menerusi mahkamah dan gangguan di Dun Perak gagal maka PKR - Pakatan Rakyat mencari helah dan gimik demikian.

Rasanya dari bermain denghan gimik begitu lebih baik PKR menumpukan usahanya untuk menambah ahli serta mengatur strategi bagaimana untuk merampas Perak dalam pilihan raya umum akan datang. Daripada membuat gimik elok kalau PKR mencari kaedah bagaimana untuk menambahkan undi Melayu di Perak. Atau pun kerja mendaftar pemilih baru dirasakan lebih afada dari membuat gimik begitu.

Ada bahayanya juga gimik berkenaan. Kalau ia tidak menjadi menyebabkan orang ramai tidak akan memperacayai lagi kepada dakwaan atau kenyataan-kenyataan dari PKR. Ia menjadikan orang ramai akan serit dengan apa diperkatakan. Sepatutnya kegagalan menumbangkan kerajaan dengan projek 9 September dijadikan iktibar.

Dalam sifir politik saya tidak ada sebab untuk tiga Adun BN hendak menyertai PKR. Tidak ada apa-apa kelebihan kepada PKR Perak waktu ini. Kalaulah atas alasan mereka tidak akan dipilih semula menjadi calon dalam pilihan raya akan datang, alasan itu dangkal dan meletakkan betapa rendahnya perjuangan dan politik tiga Adun berkenaan.

Dengan Umno menguasai kerajaan di Perak hari ini mereka akan mendapat apa saja imbuhan yang mereka inginkan. Pengalaman yang menimpa dua Adun PKR, seorang Adun DAP dan Umno yang masuk PKR beberapa hari kemudian keluar semula cukup untuk memberi pengajaran terhadap apa yang didakwa itu. Rasanya orang ramai juga tahu tidak semudah itu Adun Umno untuk meninggalkan parti mereka.

Berita kedua yang saya rasa tidak ada manfaat ialah mengenai perhimpunan apa dinamakan Gertak - Melayu Bangkit yang akan diadakan di Terengganu 17 Jun ini. Untuk apakah himpunan berkenaan? Apabila ia menamakan himpunan Melayu bangkit ini bermakna Melayu sudah lama tidur dan lemah?

Apa yang hendak dibangktikan? Apakah himpunan yang dipelopori 20 NGO itu hendak menggerak perjuangan Melayu yang dirasakan lemah dan kurang bermaya hari ini. Begitukah? Kalau itulah tujuannya ia tidak akan membawa apa-apa erti. Himpunan itu sia-sia saja dan tidak kurang juga sebagai gimik saja. Kalau ia bertujuan memberi isyarat kepada mana-mana pihak isyarat itu tidak akan kesampaian.

Saya yakin himpunan itu untuk kepentingan parti Umno. Bukankan perjuangan Melayu digerakkan oleh Umno? Kalau Melayu lemah dan tidur sebelum ini, salahnya Umno sendiri. Dengan senario itu bagaimana untuk himpunan itu dapat membantu Umno kerana Umno sendiri yang mendodoaikan orang Melayu supaya tidur dan lena dalam retoriknya?

Inilah saya katakan ianya sia-sia saja. Sebaliknya himpunan itu akan memberi keburukan kepada Umno. Himpunan itu yang pada mulanya hendak diadakan pada 13 Mei dilihat sebagai untuk meniup semangat orang Melayu. Anihnya perjuangan Umno sudah nipis waja Melayunya tiba-tia ada pihak yang ingin membangkitkan semangat Melayu. Pelik.

Saya tidak tahu apakah penganjur Melayu Bangkit itu pihak yang menentang semangat 1 Malaysia, ataupun mereka tidak faham maksud Najib di sebalik slogan berkenaan. Jangan hendaknya tindakan Gertak itu sebagai sokong membawa rebah kepada Umno. Dan ingatlah perjuangan atau apa-apa himpunan yang bersifat perkauman sudah tidak menjadi penting lagi dalam saat orang Melayu Pas, Umno dan PKR tergilakan kepada kuasa untuk jadi pemerintah. [wm.kl. 8:00 pm 13/06/10]

Admin - Tak payah dok percaya la puak UMNO nie.. depa semua tu berkepentingan saja... kalau betoi2 depa nak joint kita suruh depa letak jawatan ADUN kita lawan balik kerusi tersebut.. habis cerita...

PAS : Selangor dan Kedah akan jatuh jika ...



13 June 2010 : KOTA BARU : Selangor dan Kedah diberi ingatan “tegas” oleh pucuk kepimpinan PAS, kedua-dua kerajaan negeri itu berada di “ambang keruntuhan” jika tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.

Peringatan itu diberikan oleh Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Hamid Abdul Abdul Rahman ketika menggulung perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini hari ini.

Dengan mengambil kira prestasi Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Selangor, Abdul Hamid berkata, PAS perlu mempergiatkan usaha mendaftar pengundi-pengundi baru.

“Berdasarkan (prestasi ketika) pilihan raya kecil Hulu Selangor, saya hendak ingatkan pesuruhjaya PAS dan Yang Dipertua PAS kawasan di Selangor, kita kena tingkatkan pendaftaran pemilih... di Hulu Selangor kita kehilangan enam peratus pengundi Melayu dan 10 peratus pengundi India.

“Kalau kita tidak daftar pengundi muda yang baru, Selangor di ambang keruntuhan. PAS ‘out’, cuma (boleh dapat kerusi),” katanya.

Pakatan Rakyat menurunkan calon dari Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

“Kedah pun kena tambah pengundi-pengundi baru, kalau tidak Kedah pun di ambang kejatuhan,” kata beliau hari ini.

Semalam PAS meluluskan pelan tindakan 15 strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Salah satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru.

Strategi itu diluluskan bersama usul persediaan menghadapi pilihan raya yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam.

Muktamar yang berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13. Dengan pendaftaran pengundi yang menyeluruh, kata PAS, tumpuan serius dan sistematik perlu diberikan termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih, terutama pemilih baru, secara besar-besaran.

“Sasaran minimum ialah satu juta pendaftaran baru di seluruh negara,” kata PAS dalam laporan itu yang diperoleh The Malaysian Insider.

Ketua Dewan Pemdua PAS menyasarkan untuk memberi tumpuan ke atas 2.2 juta pengundi muda.

Masih ada lebih empat juta pengundi yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.

Abdul Hamid juga menyentuh prestasi PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan dengan majoriti tipis.

Menurut beliau, di Manek Urai PAS kemerosotan undi sebanyak 6.3 peratus ketika pilihan raya kecil tahun lalu.

“Dengan mengambil kira tiada tsunami politik (2008 berulang) dan kita menurunkan anggaran undi diperoleh lima peratus, kita merosot 6.3 peratus undi di Manek Urai, di Kelantan kita boleh mengekalkan dengan memperoleh 24 kerusi,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat perlu membantu parti-parti politik ikatan tersebut.

Katanya, PAS meneruskan prestasi di Kelantan disebabkan sokongan kepimpinan kerajaan negeri kepada jentera parti-parti politik.

“Kekuatan menghadapi pilihan raya di Selangor dan Kedah, tidak sama dengan kekuatan menghadapi pilihan raya di Kelantan,” katanya.

“Ini satu ingatan... diharap PAS pusat akan membuat panduan untuk membantuk menghadapi pilihan raya umum ke-13,” kata beliau - TMI

Nik Aziz tegur perwakilan PAS sindir Najib, Rosmah


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur.

Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam.

"Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi?

"Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah.

Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya.

Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya.

"Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat.

"(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," katanya.

Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhaan dalam Islam.

Ada jugak AJK PAS berfikiran songsang dari PIMPINAN terbanyak...TAHNIAH..!!


MUKTAMAR PAS - KEPIMPINAN DIBIDAS !

By albanjari

ehsan foto Mohd Redwan's

Kepimpinan PAS dibidas sebagai tidak menghormati demokrasi dan tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w apabila cepat melenting setiap kali terdapat pandangan negatif atau bertentangan dengan pendapat mereka yang diutarakan oleh anggota parti.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin berkata sebagai sebuah parti yang melaungkan hak kebebasan bersuara dan mengikut sunnah Rasulullah, pemimpin parti sepatutnya mendengar setiap pandangan dengan fikiran terbuka.
"Seharusnya menjadikan muktamar untuk mendengar pandangan semua pihak dan bukannya mudah naik marah dan tidak boleh terima pandangan yang negatif atau bertentangan dengan pendapat umum ahli parti,"
katanya semasa menggulung usul pada Muktamar PAS ke-56 di sini hari Ahad. Beliau merujuk kepada tindakan meminta perwakilan PAS Pahang Amirruslan Manaf menarik balik kenyataannya pada perbahasan semalam yang mendakwa Perlembagaan PAS diciplak daripada Perlembagaan Umno yang dilakukan penambahbaikan mengikut kesesuaian parti.

Timbalan Pengerusi Tetap Hussin Ismail meminta Amirruslan berbuat demikian kerana pemimpin dan perwakilan tidak berpuas hati dan mempersoalkan kesahihan dakwaan itu.

Hanipa yang turut kesal dengan tindakan beberapa mengejek perwakilan Pahang itu, mendesak kepimpinan memohon maaf kepada Amirruslan.
"Saya ni pantang lihat orang kena buli. Kita ni parti PAS. Kita kata kita perjuangkan kebebasan bersuara, Muktamar bertujuan untuk kita kemuka pandangan. Perlunya kita bersedia untuk dengar,"
Hanipa turut mempersoalkan kenapa anggota dan pemimpin PAS perlu melenting dan marah sedangkan perkara itu boleh dibincangkan dan memberikan jawapan pada sesi lain dalam muktamar itu. - BERNAMA

Siapa kata orang Melayu lari dari PAS?


oleh Hamba Allah

Aku cukup setuju dengan perwakilan Shah Alam, Khalid Samad. Siapa kata orang melayu beralih dari sokong PAS.

Memang sebenarnya orang melayu tak pernah sokong PAS. Pasainya selama ini yang sokong PAS adalah orang Islam yang nakkan kepada Islam. Realitinya, kata YB Khaild Samad, sokongan orang melayu kepada PAS meningkat hampir 300% dari orang melayu.

Memang sebenarnya pun sokongan orang melayu kepada PAS sebelum ni pun tak banyak mana. Yang pernah dapat banyak pun mungkin lebih sikit masa PRU tahun 99, tapi tu pun diragui sebagai sokongan padu kepada PAS.

Realitinya, PRU sebelum-sebellum ni, PAS biasa sangat kalau hilang wang pertaruhan terutama sekali di sebelah negeri Johor.

Ramai yang kata orang melayu lari dari PAs sebenarnya cuma persepsi yang timbul bila sokongan orang bukan Islam kepada PAS tiba-tiba meningkat dengan cukup mendadak sampai PAS berjaya menubuhkan Dean Himpunan Penyokong Pas yang dinaik taraf dari Kelab Penyokong PAS.

Persepsi tu nampak lagi jelas bila keadaan di Perak dan Penang dijadikan contoh. Di Perak PAS cuma berjaya menang 6 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Yang lainnya calon PAS kalah kepada calon Umno BN. Di Penang pulak calon PAS kalah di semua kerusi kecuali kerusi Dun Permatang Pasir.

Walau apa pun. Pas memang amat-amat memerlukan peningkatan sokongan orang melayu untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan Dun. Sebabnya memang kebanyakkan kerusi yang calon Pas bertanding adalah kerusi majoriti melayu. Bukan takat majoriti tapi peratus pengundi melayu melebihi 70%.

Kalau kerusi tu 80% pengundi melayu, maknanya PAS kena dapat sokongan hampir 50% untuk mejamin kemenangan calon Pas.

Jadinya, aku sangat mengharapkan semua pihak dalam Pas meningkatkan lagi gerakerja untuk menarik sokongan orang Melayu. Tambah-tambah lagi aku mengharapkan Dewan Ulama' memulakan geerakerja berperancangan untuk pastikan sokongan orang Melayu Islam beralih dari menyokong Umno BN kepada menyokong PAS Pakatan Rakyat.

Bukan maksud aku Dewan Ulama' tak buat apa-apa tapi aku cuma nak bagitau aku tak nampak apa yang Dewan Ulama' buat selama ni. Dan aku rasa tak salah kalau kita letakkan tanggungjawab yang paling utama kepada Dewan Ulama' untuk tarik sokongan orang Islam sendiri kepada Pas.

Cara Bukan Melayu Berpolitik


Oleh muhaimin sulam

Semua orang dah tahu. Aku sekadar menulis kembali. Cara bukan Melayu berpolitik sentiasa memberi faedah kepada mereka. Kalah tak rugi, menang menguntungkan. Bukan sahaja berniaga mereka menguntungkan.

Penerimaan bukan Islam dalam PAS adalah satu transformasi politik kepada parti Islam itu jika ia dapat berterusan. Bukan Islam telah menambah satu lagi channel politik mereka selain sedia ada mempunyai dalam tubuh parti kerajaan (MIC, MCA,Gerakan dll) dan dalam Pakatan Rakyat (DAP dan PKN).

Dari segi ekonomi, beribu-ribu syarikat bukan Islam mendokong sistem ekonomi yang boleh menguntungkan sesama mereka.

Dari segi pendidikan dan perjuangan bahasa ibunda, perbezaan politik dapat diselesaikan. Begitu juga dengan persoalan perkembangan agama dan budaya mereka.

Politik Melayu?

Tahu sendiri. Kalau boleh bunuh semua politik Melayu yang menentang ketuanan politik Melayu. Biar dibunuh peniaga Melayu meski berwarung di tanah rizab. Melayu pandai santau. Bijak bersihir.

Pakar mengadu domba. Jangan beri subsidi atau biasiswa jika Melayu itu ingkar. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

Biar Melayu berdiri sombong seorang diri.

Adakah Pimpinan PAS takut dengan kritikan...??


Parti Hendaklah Bergerak Dengan Kehendak Ahli, Bukan Kuasa "Orang-orang Presiden"

Gara-gara terlalu lantang mengkritik parti, perwakilan PAS Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perlembagaan PAS yang ada semalam diciplak daripada Perlembagaan Umno.

Dakwaannya bahawa PAS hanya melakukan penambahbaikan daripada apa yang dilakukan Umno mengikut kesesuaian parti tidak disenangi para perwakilan.

Bagaimanapun, dia menarik balik kenyataannya itu apabila diminta oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail kerana wujudnya gesaan daripada para perwakilan yang mempersoalkan kesahihan dakwaan yang dianggap tidak berasas.

Ketika membahaskan usul memperkasakan parti yang dikemukakan Dewan Ulama PAS, Amirruslan berkata, asas kepada dakwaannya itu dapat dilihat apabila beberapa dasar yang diamalkan PAS seperti memberi sepenuh kuasa kepada Presiden parti sama seperti apa yang diamalkan Umno.

"Konsep ini diciplak, maka tidak dinafikan Perlembagaan PAS kita diciplak dari Umno, cuma kita tambah perkataan 'Islam'," katanya di sini hari semalam.

Malah beliau yang tidak bersetuju dengan cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar agar jumlah jawatan Naib Presiden ditambah kepada lima dengan memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik dua kerusi bagi jawatan itu dengan berkata, PAS adalah sebuah parti yang tidak mengikut perubahan rakyat.

Sebaliknya beliau menyifatkan Umno lebih kehadapan dalam soal perubahan apabila memberi peluang kepada kira-kira 380,000 ahlinya untuk memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti.

"Idea Datuk Mahfuz seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada Presiden dan jawatankuasa PAS Pusat, ini sesuatu yang tidak mengikut perubahan rakyat.

"Kita mestilah menerima perubahan yang berlaku supaya parti bergerak dengan kehendak ahli, bukannya dengan kuasa 'orang-orang Presiden'," katanya.
-MSTAR

Dua Jasa Besar Tuan Guru Haji Hadi

Dua Jasa Besar Tuan Guru Haji Hadi
Posted on Sunday, June 13 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

ArtikelOleh: BayangDiAir

"PAS mungkin berada di ambang perpecahan sekiranya Presidennya bukan seorang yang berjiwa besar, penyabar dan genius politik. TGHH memperlihatkan watak pemimpin yang penuh karismatik apabila tidak melenting dan malah tidak membela diri dalam isu Kerajaan Perpaduan. Ternyata lontaran idea Kerajaan Perpaduan telah difitnah dan dimanipulasi begitu hina sebagai satu usaha khianat untuk membawa PAS ke dalam dakapan UMNO.

Kalaulah beliau mengambil jalan membela diri dan memanjangkan polemik sudah pasti PAS akan berada pada situasi yang amat mencemaskan dalam sejarah perjuangan dan kepimpinannya. Dengan jiwa zuhud seorang pemimpin, beliau mengambil pendekatan rela difitnah dan rela ditikam oleh rakan seperjuangan daripada melihat parti menjadi kacau.

Percayalah bahawa banyak orang akan melenting apabila difitnah, dihina dan dimalukan. Tetapi Tuan Guru yang sentiasa kelihatan serius dengan perjuangan ini mengambil jalan yang amat terpuji dan bijaksana dalam politik. Beliau rela difitnah, dihina dan dimalukan asalkan bukan perjuangan suci ini yang difitnah, dihina dan dimalukan. Mana mungkin seorang pemimpin sanggup berada di bawah pentas untuk mendengar kecaman rakan di atas pentas. Kini Alhamdulillah isu Kerajaan Perpaduan ini sudah tenggelam dan PAS kembali kuat, mesra dan padu.

Satu lagi jasa beliau yang amat besar sebesar gunung mutiara ialah keberaniannya mengupas dan memperjelaskan isu batas-batas kufur dan iman sehingga popularnya Amanat Haji Hadi. Beliau pada tahun 1980-an banyak membicarakan melalui kuliah dan penerbitan ilmiah tentang perkara-perkara yang membatalkan syahadah. Melalui usaha menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia beliau difitnah sebagai seorang pemimpin yang mengkafirkan orang lain. Beliau meminta ruang melalui saluran media untuk memperjelaskan isu tersebut malah sanggup berdebat dan bermuzakarah untuk menyuluh mana yang hak dan batil, namun kesempatan tidak diberi kepada beliau malah para mufti, tokoh agama dan pemimpin politik UMNO menolak untuk bersemuka dengan beliau.

Bayangkanlah sekiranya beliau tidak muncul dengan isu-isu akidah itu. Mungkin pada hari ini ramai umat Islam di Malaysia yang salah akidah sama ada melalui ucapan, tulisan dan pegangan. Kini kata-kata seperti “politik suku,agama suku” tidak lagi kedengaran kecuali seorang dua pemimpin UMNO yang pekat biru tua.

Oleh sebab tulisan ini bukan untuk membesar-besarkan beliau, maka tidak perlu dihimpunkan segala kehebatan beliau sebagai seorang ulama peringkat dunia. Penulis hanya mengutarakan dua jasa sahaja kerana terbitnya rasa syukur atas sikap dan keilmuan beliau sehingga selamatnya akidah umat ini dan selamatnya parti kesayangan ini. Terima kasih Tuan Guru.

"
Related Posts with Thumbnails